Resepi Rendang Ayam Noxxa Mudah dan Paling Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semua teman. Hello apa khabar rakan-rakan? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Siapa yang tak suka rendang ayam? Makanan yang satu ini mempunyai rasa yang benar-benar sedap. Tidak hairanlah makanan ni digemari oleh ramai orang. Memasak rendang ayam adalah agak sukar, tetapi jangan risau. Saya nak berkongsi resepi rendang ayam noxxa paling mudah dan paling sedap untuk anda. Adakah anda mempunyai sebuah periuk noxxa di rumah? Inilah alat sihir yang banyak membantu kita semua dalam hal masakan. Periuk boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis hidangan, salah satu ialah rendang ayam noxxa.

Periuk noxxa sememangnya sangat berguna untuk memasak. Banyak hidangan yang boleh dibuat dengan periuk ini. Mungkin itu membuat anda risau bagaimana cara guna periuk noxxa ni. Anda hanya perlu membaca arahan yang diberikan. Ok, jom langsung sahaja kita tengok resepi rendang ayam noxxa di bawah ni

Resepi Rendang Ayam Noxxa Paling Mudah dan Sedap

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Panggang Simple dan Paling Sedap

Bahan-bahan

  • 1.5 kg. daging ayam
  • 1/2 kilo santan pekat
  • 150 gram kerisik
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 helai daun kunyit – dihiris halus
  • Beberapa helai daun limau purut
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 sudu besar gula perang
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar

  • 4 senduk nasi cili kering kisar
  • 3 biji buah keras
  • 3 biji bawang besar saiz sederhana
  • 10 gram bawang putih
  • 20 gram lengkuas
  • 50 gram kunyit hidup
  • 20 gram halia muda
  • 4 batang serai – dihiris
  • 10 gram cili padi
  • Air secukupnya
    (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Cara Membuat Rendang Ayam Noxxa

  1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
  2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.
  3. Masukkan santan pekat.
  4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.
  5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.
  6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
  7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
  8. Kacau rata. Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
  9. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
  10. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.
  11. Rendang pedas ayam ini boleh dialihkan ke periuk lain atau biarkan sahaja di dalam periuk Noxxa. Sekira inginkan rendang berada dalam keadaan panas bolehlah guna fungsi WARM-REHEAT.

Sangat mudah untuk membuat rendang ayam guna periuk noxxa. Anda hanya perlu ikut langkah-langkah yang diterangkan di atas. Sila cuba resepi rendang ayam noxxa ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Mee Goreng Ayam Simple dan Paling Sedap

Incoming search terms:

  • rendang ayam noxxa
  • rendang ayam guna periuk noxxa

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.