Resepi Rendang Ayam Paling Sedap dan Mudah

kongsiresepiayam.com – Assalamalaikum, salam sejahtera raka-rakan. Hello apa khabar rakan-rakan saya? Mudah-mudahan rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Rendang ayam adalah hidangan yang biasa untuk kita semua. Masakan ni dapat didapati dengan mudah di gerai atau restoran. Rendang ayam juga biasa dihidangkan untuk majlis-majlis Khas bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Terdapat pelbagai jenis rendang ayam, seperti rendang ayam kelantan, rendang ayam terengganu, rendang ayam tok, rendang ayam perak, dan masih banyak lagi. Semua hidangan ni memiliki rasa yang sedap. Semua orang pastilah ingin merasai rendang ayam dengan rasa yang paling sedap. Jika anda ingin membuat rendang ayam paling sedap, buat masa ini saye nak berkongsi resepi rendang ayam paling sedap untuk korang.

Rendang ayam biasa dihidangkan untuk makan malam dengan keluarga saye. Jika korang suka pedas, rendang ayam Cili padi adalah yang paling sesuai untuk korang. Untuk korang yang ingin mencuba untuk membuat ayam rendag yang paling sedap, jom kita tengok bahan-bahan untuk resepi rendang ayam paling sedap ni

Resepi Rendang Ayam Paling Sedap dan Mudah

Baca Juga : Resepi Ayam Penyet Wong Solo Asli Paling Sedap

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (potong ikut suka nak besar mana dan bersihkan )
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula

Bahan dikisar

  • 10 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 batang serai.( dihiris halus)
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-Cara

  1. Kisar semua bahan-bahan yang perlu dikisar.
  2. Masuk kan bahan kisar ke dalam kuali.
  3. Masuk kan ayam, kerisik, santan pekat ,air ,kulit kayu manis,bunga lawang, garam dan gula
  4. Buka api dan masak hingga kering dan naik minyak nya…
  5. Hiris daun kunyit nipis2 dan masuk kan dalam kuali..gaul sebati..

Tips
Kalau korang suka rendang yang kering boleh masak lama sikit.Tapi kalau suka yang ada kuah lebihkan sikit santan dan air selepas pecah minyak .kemudian masak lagi sampai mendidih dan kuah sedikit pekat.

Source: dianarashid

Rendang ayam yang paling sedap dah siap dihidangkan. Rendang ayam adalah paling lazat dimakan panas dengan nasi. Selain memiliki rasa yang sedap, rendang ayam ni mudah untuk membuatnya pula. Sila cuba resepi rendang ayam paling sedap dan mudah ini di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Nasi Ayam Resepi Simple dan Paling Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *