Resepi Rendang Ayam Tok Simple dan Paling Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera kawan-kawan. Apa khabar hari ni? Mudah-mudahan hari ini hari yang baik untuk rakan-rakan semua. Anda pernah merasai masakan rendang ayam tok? Jika anda belum pernah merasai hidangan ini, anda harus mencubanya. Rendang ayam tok mempunyai kelazatan yang membuatkan sesiapa sahaja tak mudah lupa kelazatanya hidangan ini. Rasa rendang ayam ni memang membuatkan ramai orang suka makanan ini. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi rendang ayam tok yang paling sedap untuk anda.

Rendang ayam memang makanan yang mempunyai rasa yang tersendiri. Redang ayam tok yang saya akan berkongsi ini benar-benar membuatkan keluarga saya jatuh cinta dengan hidangan ini. Jangan risau, perisa masakan ni tak kalah sedap dengan resepi rendang ayam chef wan yang lazat tu, hehee… OK, jom kita tengok resepi rendang ayam tok yang paling sedap di bawah ni

Resepi Rendang Ayam Tok Simple dan Paling Sedap

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Penyet Original Paling Sedap dan Simple

Bahan-bahan

  • Seekor ayam segar (anggaran 2 kg) – dipotong 12
  • 2 cawan santan sawit KHALIS + 1 cawan air = 3 cawan santan
    (kalau guna santan kelapa, gunakan tiga cawan pati santan)
  • 6 sudu besar kerisik
  • 5 keping asam gelugor
  • 4 keping daun kunyit – dihiris halus
  • 5 – 6 helai daun limau purut
  • 1 batang serai – dititik
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar gula putih
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

Bahan untuk Dikisar

  • 8 sudu besar cili kering kisar
  • 4 biji bawang besar – dipotong kecil terlebih dahulu
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 batang serai – dipotong serong
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • Air secukupnya

Bahan Rempah

  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu keci serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk garam masala
  • 1 sudu kecil serbuk rempah masak hitam
  • Air secukupnya

Cara Memasak

  1. Ayam dipotong 12 dan dibuang semua kulit. Kemudian lumurkan ayam dengan 3 sudu besar tepung gandum dan 2 sudu cuka. Biarkan 2 minit. Kemudian basuh bersih dan toskan.
  2. Perap ayam bersama 3 sudu besar rempah daging dan 1 sudu besar serbuk kunyit selama lebih kurang 20 minit.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam ½ masak. Angkat dan toskan.
  4. Satukan kesemua Bahan rempah dan bancuh dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
  5. Kemudian panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis serai sehingga layu sedikit.
  6. Masukkan bahan kisar, kacau rata. Diikuti dengan bahan rempah. Kacau dan masak sehingga terbit minyak.
  7. Gunakan api sederhana.
  8. Selepas itu tuang santan dan kacau. Masak sehingga mendidih.
  9. Kemudian masukkan ayam, diikuti dengan asam keping, daun limau purut, kerisik, gula perang, gula putih, dan garam. Kacau rata sehinga semuanya rasa sebati.
  10. Bila ayam telah masak dan kuah agak pekat, masukkan hirisan daun kunyit ke dalam rendang. Kacau sehingga sebati dan biarkan mereneh 1 minit di atas dapur sebelum tutup api.

Source : resepiayamsimple

Rendang ayam tok yang paling sedap ni dah sedia di hidang. Nyerrrr… Sedapnyeee… Ini adalah resepi rendang tok mudah yang dapat Anda cuba. Sekarang Anda dapat mencuba resepi rendang ayam tok ni di rumah dan hidangkan untuk makan siang bersama keluarga Anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan Anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Mat Gebu Best Sedap nya

Incoming search terms:

  • resepi rendang ayam tok

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.