Resepi Sambal Nasi Ayam Penyet Original Sedap dan Pedas

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, Salam sejahtera. Hello kawan-kawan apa khabar semua? Jumpa lagi dengan saya yang selalu berkongsi aneka resepi ayam yang paling sedap dan simple untuk anda. Ayam penyet adalah makanan yang berasal dari Indonesia. Di Indonesia terdapat dua Wilayah asal ayam penyet yang terkenal, iaitu surabaya dan solo. Sekarang ayam penyet juga disukai ramai orang di Malaysia. Hidangan ini adalah menjadi kegemaran untuk majlis bersama rakan-rakan atau keluarga. Ayam penyet biasanya terdiri daripada nasi, ayam penyet dan sambal ayam penyet. Nasi ayam penyet tanpa sambal tentu tak sedap. Jika anda ingin membuat sambal penyet istimewa buatan sendiri, buat masa ini saya nak kongsikan resepi sambal nasi ayam penyet original dan sedap untuk anda.

Sambal ayam penyet menurut saya mempunyai peranan yang penting. Kerana ayam penyet yang lazat atau tidak ditentukan oleh rasa sambal ayam ni. Rasa sambal nasi ayam penyet ini berbeza daripada yang biasanya. Rasa sambal ayam penyet ni benar-benar khas. Kini anda boleh membuat sendiri sambal nasi ayam penyet ni di rumah, jom kita tengok resepi sambal nasi ayam penyet di bawah ni

Resepi Sambal Nasi Ayam Penyet Original Sedap dan Pedas

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Butter Sedap Sangat Menyelerakan

Bahan-Bahan

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara Membuat Sambal Ayam Penyet

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  6. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  7. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  8. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  9. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Tips

  • Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Source: Kak Rose

Sambal nasi ayam penyet yang pedas dan sedap dah sedia dihidangkan. Makan nasi dengan sambal ayam penyet ini benar-benar sedap. Semua orang pasti suka dengan sambal ayam penyet ini kerana rasanya yang benar-benar sedap. Sila cuba resepi sambal nasi ayam penyet yang paling sedap dan pedas ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Let’s Try 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Ayam Paling Sedap Best

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.