Resepi Tomyam Ayam Sedap nya Best and Simple

kongsiresepiayam.com – Assalamuallaikum and Salam Sejahtera semua kawan sehati. Apa khabar hari ni? Semoga sihat selallu ya. Untuk kawan yang masih berpusing pasal resepi saya nak berkongsi untuk kalian semua. Saya nak kongsikan resepi tomyam ayam sedap nya best lagi ringkas. Resepi tomyam ayam merupakan salah satu diantara respei yang famous khas thai. Resepi tomyam ayam ni berkuah lagi pekat. Isi resepi tomyam ayam sedap ni pelbagai sayur and ayam tentunya. Nyeerr sedap best la resepi tomyam ayam ni. Oke untuk kawan yang nak cuba boleh sedia bahan seperti bawah ni. Then follow cara-cara nya. Ini lah resepi tomyam ayam sedap tu. Jom semak

Resepi Tomyam Ayam Sedap nya Best and Simple

Bahan-bahan 

Bahan A – Kisar

  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
  • 1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

Baca Juga : Resepi Ayam Stim Halia Simple dan Sedap

Bahan B

  • 1/4 ekor ayam – potong kecil2
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2-3 sudu perencah tomyam – nk masukkan lebih pun blh
  • Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower je
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1 cm halia – diketuk
  • 1 cm lengkuas – diketuk
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu susu pekat
  • 1 biji limau kasturi
  • air secukupnya utk kuah
  • garam & gula

Cara – Cara Memasak :

  1. Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
  3. Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
  4. Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.
  5. Siap untuk dimakan.

source : intaidapur

Hurm sedap aroma nya best la. Mana ringkas sangat resepi ni. Resepi ni sangat elok dihidangkan saat tetamu hadir drumah saat hujan. Boleh la buat bersama keluarga as a masakan di penghujung minggu ceria ni. Oke sekian kongsi resepi tomyam ayam sedap ni. Semoga berfaedah untuk kawan and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Ayam Percik Johor Paling Lazat dan Mudah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.